Thursday, 23 May 2013

SMARTBOARD


Smartboard dengan maksud lain ialah papan pintar atau papan putih interaktif elektronik. Smartboard ialah sebuah peranti persembahan yang bersemuka dengan sebuah komputer. Imej komputer dipaparkan ke atas papan oleh projektor yang boleh ditonton dan dimanipulasi. Pengguna boleh mengawal kedua-dua perisian daripada komputer dan dari papan.

Pada dasarnya smartboard ini berfungsi seperti sebagai PC/laptop biasa.  Seperti halnya PC/Laptop, Smartboard ini juga memiliki mouse iaitu jari kita sendiri, keyboard iaitu virtual keyboard dan monitor iaitu papan smartboard itu sendiri.
Selain itu smartboard memiliki pen/Digital ink. 


Smartboard with floor stand


Smartboard adalah sebuah board/papan layar sentuh yang dapat memindahkan fungsi  PC/Laptop. Selain itu , ia disertai dengan notebook software yang berisi galeri-galeri pendidikan serta media software persembahan interaktif.


Connection
Sistem perhubungan yang digunakan dari smarboard ke PC/Laptop hanya berupa kabel USB.
Selain itu diperlukan juga sebuah protektor untuk sistem pencahayaan pada smartboard.

Ciri-ciri dan Manfaat
Dengan ciri-ciri yang dimiliki pada Produk ini, banyak manfaat yang boleh diambil, baik untuk pendidikan maupun bukan pendidikan seperti pemerintahan, corporate dan sistem pertahanan.

A.      Manfaat untuk Pendidikan :
 Dengan ciri “Record”  boleh digunakan oleh pengajar untuk mengefisiensikan waktu iaitu dengan cukup satu kali mengajar kemudian hasil rakamannya boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang berkenaan.

Notebook software” smartboard ini boleh digunakan sebagai white board biasa dengan ditambah pen/digital ink dan digital eraseryang menjadikan proses mengajar lebih mudah.      

Notebook software” smartboard ini boleh menyimpan atau membawa bahan yang sudah dipersiapkan sendiri dan di simpan, sehingga untuk proses pembelajaran selanjutnya, guru tidak perlu membawa bahan lagi.

Galeri Pendidikan” boleh digunakan sebagai bahan pendidikan secara interactif dan multimedia.

Apabila dihubungkan dengan jaringan, pihak pentadbir sekolah boleh mengawasi proses belajar mengajar yang dilakukan oleh guru-guru di kelas-kelas yang berbeza.


No comments:

Post a Comment