Sunday, 26 May 2013
Pembentangan video Pengajaran dan Pembelajaran
Alhamdulillah selesai sesi pembentangan. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran namun berbekalkan sedikit semangat, ia terlaksana jua.
Masih ingat di ingatan, niat untuk menyambung pelajaran peringkat master ini. Demi menuntut ilmu, hanya keberkatan-Nya yang dipohon. semoga apa yang diperoleh mendapat keberkatan-Nya dan menjadikan aku hamba yang lebih baik.
Semoga aku tidak tergelincir dari niat asal.Bersyukur lebih baik dari mengeluh..
Jutaan terima kasih Dr Nurulhuda atas pengajaran yang disampaikan.semoga Dr sentiasa dalam rahmat dan jagaan-Nya.amin...
Semoga bersua lagi ;))
My Central Guiding Question
Kini tiba jua kelas terakhir bagi subjek ini. Dr mengingatkan kembali tentang apakah CGQ masing-masing yang dibina semasa di awal-awal semester dahulu. Adakah ia sudah terjawab?
Aku mula menyelak kembali nota di awal kuliah dan mencari apakah CGQ aku untuk subjek ini..
" Adakah subjek ini mengaplikasikan teknologi untuk disesuaikan dengan persekitaran pelajar di sekolah saya?"
Alhamdulillah dan kini setelah mengikuti sesi pembelajaran dan melaksanakan tugasan yang diberikan CGQ terjawab. Hal ini kerana, pelajar-pelajar sekarang merupakan generasi native ICT dan sememangnya mereka sudah terdedah dengan ICT dan yang perlu dilakukan sekarang ialah bagaimana guru melaksanakn sesi PdP dengan mengaplikasikan ICT.
Subscribe to:
Posts (Atom)