Sunday, 26 May 2013
Pembentangan video Pengajaran dan Pembelajaran
Alhamdulillah selesai sesi pembentangan. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran namun berbekalkan sedikit semangat, ia terlaksana jua.
Masih ingat di ingatan, niat untuk menyambung pelajaran peringkat master ini. Demi menuntut ilmu, hanya keberkatan-Nya yang dipohon. semoga apa yang diperoleh mendapat keberkatan-Nya dan menjadikan aku hamba yang lebih baik.
Semoga aku tidak tergelincir dari niat asal.Bersyukur lebih baik dari mengeluh..
Jutaan terima kasih Dr Nurulhuda atas pengajaran yang disampaikan.semoga Dr sentiasa dalam rahmat dan jagaan-Nya.amin...
Semoga bersua lagi ;))
My Central Guiding Question
Kini tiba jua kelas terakhir bagi subjek ini. Dr mengingatkan kembali tentang apakah CGQ masing-masing yang dibina semasa di awal-awal semester dahulu. Adakah ia sudah terjawab?
Aku mula menyelak kembali nota di awal kuliah dan mencari apakah CGQ aku untuk subjek ini..
" Adakah subjek ini mengaplikasikan teknologi untuk disesuaikan dengan persekitaran pelajar di sekolah saya?"
Alhamdulillah dan kini setelah mengikuti sesi pembelajaran dan melaksanakan tugasan yang diberikan CGQ terjawab. Hal ini kerana, pelajar-pelajar sekarang merupakan generasi native ICT dan sememangnya mereka sudah terdedah dengan ICT dan yang perlu dilakukan sekarang ialah bagaimana guru melaksanakn sesi PdP dengan mengaplikasikan ICT.
Thursday, 23 May 2013
SMARTBOARD
Smartboard dengan maksud lain ialah papan pintar atau papan
putih interaktif elektronik. Smartboard ialah sebuah peranti persembahan yang
bersemuka dengan sebuah komputer. Imej komputer dipaparkan ke atas papan oleh
projektor yang boleh ditonton dan dimanipulasi. Pengguna boleh mengawal
kedua-dua perisian daripada komputer dan dari papan.
Pada
dasarnya smartboard ini berfungsi seperti sebagai PC/laptop biasa. Seperti halnya PC/Laptop, Smartboard ini juga
memiliki mouse iaitu jari kita sendiri, keyboard iaitu virtual keyboard dan
monitor iaitu papan smartboard itu sendiri.
Selain itu
smartboard memiliki pen/Digital ink.
Smartboard
with floor stand
Smartboard
adalah sebuah board/papan layar sentuh yang dapat memindahkan fungsi PC/Laptop. Selain itu , ia disertai dengan
notebook software yang berisi galeri-galeri pendidikan serta media software persembahan
interaktif.
Connection
Connection
Sistem perhubungan
yang digunakan dari smarboard ke PC/Laptop hanya berupa kabel USB.
Selain itu diperlukan
juga sebuah protektor untuk sistem pencahayaan pada smartboard.
Ciri-ciri
dan Manfaat
Dengan ciri-ciri
yang dimiliki pada Produk ini, banyak manfaat yang boleh diambil, baik untuk
pendidikan maupun bukan pendidikan seperti pemerintahan, corporate dan sistem
pertahanan.
A. Manfaat
untuk Pendidikan :
Dengan
ciri “Record” boleh digunakan oleh pengajar untuk
mengefisiensikan waktu iaitu dengan cukup satu kali
mengajar kemudian hasil rakamannya boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang
berkenaan.
“Notebook software” smartboard ini boleh digunakan sebagai white board biasa dengan ditambah pen/digital ink dan digital eraseryang menjadikan proses mengajar lebih mudah.
“Notebook software” smartboard ini boleh digunakan sebagai white board biasa dengan ditambah pen/digital ink dan digital eraseryang menjadikan proses mengajar lebih mudah.
“Notebook software” smartboard ini boleh menyimpan atau membawa bahan yang sudah dipersiapkan sendiri dan di simpan, sehingga untuk proses pembelajaran selanjutnya, guru tidak perlu membawa bahan lagi.
“Galeri Pendidikan” boleh digunakan sebagai bahan pendidikan secara interactif dan multimedia.
Apabila dihubungkan dengan jaringan, pihak pentadbir sekolah boleh mengawasi proses belajar mengajar yang dilakukan oleh guru-guru di kelas-kelas yang berbeza.
THINKING BASED LEARNING
Thinking-Based Learning presents the theory that skilful
thinking is uniquely tied to the disciplinary content being thought about.
Thus, thinking-based learning requires “specific and appropriate mental
procedures for the kind of thinking engaged in by the thinker” (p. 1). Skilful
thinking is a mindful engagement with content; it is an experience with content
knowledge as ideas, issues, patterns, questions, rationales, perspectives,
structures, functions, theories, etc. The writers define and use the term skilful
thinking, not critical thinking, a concept they believe suffers abuse when
oversimplified as a set of classroom strategies. Skilful thinking is a mindful
engagement with the stuff of necessity for learning the particular content
being thought about. The authors define terms and provide chapters with
examples from K-12 classrooms, as well as a final chapter detailing the
experience of a school principal leading teachers in on-going consideration of
thinking, learning, and teaching.
Step
in teaching skilful thinking
Taksonomi bloom diaplikasikan semasa mengklasifikasikan
peringkat pemikiran bermula daripada peringkat pengetahuan sehingga penilaian :
category
knowledge(pengetahuan)
label,name,list,describe
category
understanding(kefahaman)
classify,describe,explain,phraphase,translate
category
application(aplikasi)
use information to
solve problem,use knoeledge in a new situation
category
analysis(analisis)
seperate material
into component part(identify,differentiate)
category
synthesis(sintesis)
engage to creative
thinking to make something new(design/create)
category
evaluation(penilaian)
to judge something,to
make decision
Langkah-langkah untuk
mengaplikasikan TBL dalam pengajaran dan pembelajaran.
Aplikasi dalam Web 2.0 untuk pengajaran dan pembelajaran Fizik
1) Flash Physics
2) Physics Forum
http://www.physicsforums.com/
3) PhEt ( Interactive Simulation)
http://phet.colorado.edu/
4) Algodoo
http://www.algodoo.com/
5) Teacher Tube
2) Physics Forum
http://www.physicsforums.com/
3) PhEt ( Interactive Simulation)
http://phet.colorado.edu/
4) Algodoo
http://www.algodoo.com/
5) Teacher Tube
WEB 2.0
Web 2.0 in Education from http://en.wikipedia.org/wiki/Web_2.0#Web_2.0_in_education
Web 2.0
technologies provide teachers with new ways to engage students, and even allow
student participation on a global level. However, children raised exclusively
in the era of new media technologies are less patient with activities such as
completion of worksheets and classroom lectures. Decreased participation in a
traditional classroom may be due to better feedback received online.
Will Richardson
stated in Blogs, Wikis, Podcasts and other Powerful Web tools for the
Classrooms, 3rd Edition that, "The Web has the potential to radically
change what we assume about teaching and learning, and it presents us with
important questions to ponder: What needs to change about our curriculum when
our students have the ability to reach audiences far beyond our classroom
walls?"
Web 2.0 tools are needed in the
classroom to prepare both students and teachers for the shift in learning that
Collins and Halverson describe. According to Collins and Halverson, the
self-publishing aspects as well as the speed with which their work becomes
available for consumption allows teachers to give students the control they
need over their learning. This control is the preparation students will need to
be successful as learning expands beyond the classroom."
By allowing
students to use the technology tools of Web 2.0, teachers are giving students
the opportunity to share what they learn with peers. Some are concerned that
these technologies could hinder the personal interaction of students:
"Social networking sites have worried many educators (and parents) because
they often bring with them outcomes that are not positive: narcissism, gossip,
wasted time, 'friending', hurt feelings, ruined reputations, and sometimes
unsavory, even dangerous activities".
Untuk maklumat tambahan, sila ke link di bawah tentang Web
2.0 dalam pendidikan :
(sangat padat dengan
maklumat)
Tuesday, 21 May 2013
INOVASI DALAM PENDIDIKAN
Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan
kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini
di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas.
Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan
idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.
Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang
di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.
Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk
inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan
sesuatu amalan.
ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an
effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The
practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new
context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis
is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or
national problem.
Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada
Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud
pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni
budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita
rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.
Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea,
latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.
Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi
ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.
Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi
perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.
Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan
bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:-
• Merupakan penghasilan baru
• Berbentuk maujud dan mujarad
• Berdasarkan proses penyusunan semula
• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada
• Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai
Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina
trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih
peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi
terdapat dalam dua peringkat iaitu:-
1. Peringkat individu
2. Peringkat organisasi
Peringkat Individu
Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu
kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina
idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti
sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini
ialah modifikasi.
Peringkat Organisasi
Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting
bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Di sini organisasi sentiasa
hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran.
Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk
meraih keuntungan maksimum.
Organisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan
dan bijak merencana rancangan strategik iaitu dengan cara:-
1. Meneliti ciri-ciri kekuatannya dan menggunakannya
untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem
2. Meneliti kelemahan-kelemahan dan merangka strategi
mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas
3. Meneliti ekosistem dan mengenal pasti
peluang-peluang yang ada untuk diperoleh secara sistematik
4. Melancarkan strategi, dasar dan prosedur untuk
menentang bahaya dan ancaman dari luar dan dalam organisasi (Bryson dan
Kaufman, 1988)
Kelly Dan Littman (2000) dalam bukunya The Art of
Innovation menggariskan elemen-elemen asas inovasi bagi apa jua organisasi,
khususnya syarikat-syarikat iaitu:-
1. Inovasi bermula dengan kepekaan terhadap semua
benda dan perkara dalam persekitaran, khususnya tentang perkara yang digemari
oleh manusia dan perkara yang menyusahkan dan dibenci oleh manusia.
2. Inovasi dibuat bagi meningkatkan keselesaan dan
kualiti apa jua perkara dan benda yang digemari oleh manusia dan sebaliknya
mengurangkan masalah pada pengguna dan klien.
3. Inovasi yang jitu berlaku melalui sesi muafakat
dan perbincangan tentang maklumat dan fakta yang diperoleh daripada pengguna,
klien, masyarakat dan persekitaran. Sesi muafakat berlaku secara berterusan.
4. Inovasi memerlukan lapan jenis manusia iaitu,
jemaah tadbir berwawasan (visionaries), penentu masalah (troublesshooter),
pengkritik (iconoclast), detektif, seni ketukangan (craftman), teknokrat,
pemaju (enterpreneur) dan pereka bentuk fleksibel.
5. Inovasi memerlukan keupayaan mengatasi rintangan
(barrier jumping) dan keberanian untuk mencuba idea yang unik dan ganjil.
6. Inovasi mesti diiringi dengan keinginan melakukan
inovasi, suasana yang mendorong inovasi dan penyertaan disebabkan keseronokan
melakukan perkara baru dan mencipta nama baru.
7. Inovasi memerlukan jangkaan tentang keadaan masa
hadapan
Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang
diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam
melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan
inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa
peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan
secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya.
Berdasarkan cara ini beberapa kekurangan dikenal pasti. Misalnya, apa yang
difahami oleh penerima tidak semestinya apa yang dihajati oleh penyampai asalnya.
Ataupun jika difahami seperti apa yang dihajati, ada kemungkinan tidak
dipersetujui.
Selain halangan dari segi pergeseran maklumat
mengenai inovasi pendidikan itu, strategi kursus juga memerlukan kos yang
tinggi, bilangan penyampai yang ramai, halangan pentadbiran yang banyak, hingga
dengan itu keberkesanan sistem lain sering dipersoalkan. Antara masalah lain
yang wujud dalam inovasi pendidikan adalah seperti berikut:-
1. Bidang atau sempadan inovasi pendidikan terlalu
luas dan umum bagi mendapat sesuatu persetujuan
2. Kepakaran dalam bidang inovasi yang ingin
diperkenalkan adalah terhad justeru ketiadaan pengetahuan dan pengalaman
mengenainya
3. Kajian atau penyelidikan yang telah dibuat dalam
usaha ke arah inovasi pendidikan adalah dilakukan secara sendiri-sendiri dan
bersifat beberapa usaha di sana sini. Ia tidak mengkhusus dan tidak berterusan.
Justeru timbul masalah kesinambungan antara kajian-kajian dan kemantapan hasil
4. Pengwajaran dan perimbangan untuk tujuan inovasi
pendidikan sering mempergunakan kriteria-kriteria yang terhad.
Halangan-halangan dan kekangan-kekangan telah membatasi kriteria ini ke takat
apa yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa dan bukan oleh keperluan yang
berbangkit
5. Kesan sampingan yang negatif yang berlaku semasa
sesuatu inovatif pendidikan dijalankan telah tidak dipulihkan. Ini mengancam
kredibiliti malahan keberkesanan inovasi yang dihajatkan.
6. Sokongan untuk sesuatu inovasi pendidikan tidak
konsisten. Ini bermakna sokongan-sokongan yang sangat diharapkan malah diperlukan
oleh pentadbir, pendidik dan guru-guru dalam usaha menjayakan inovasi ini
sering tergugat, tidak kukuh dan tidak berterusan. Sokongan ini sangat perlu
lebih-lebih lagi di peringkat usaha inovasi tersebut.
7. Wujud perbezaan dan bertentangan pendapat di
kalangan pendidik sendiri dalam usaha memperoleh inovasi pendidikan.
8. Terdapat kurangnya sambutan daripada pencadang
inovasi sendiri terhadap kritikan-kritikan yang datang daripada orang ramai.
Biasanya jika ada sambutan yang diberikan, ia lebih merupakan ssuatu usaha
pewajaran sahaja dari pihak pencadang inovasi dan bukannya satu penjelasan yang
berbentuk teknikal dan empirikal.
9. Wujudnya kekeliruan berhubung definisi dan
keperluan inovasi pendidikan di kalangan penyampai sendiri dan juga di kalangan
penerima.
10. Terdapat kecenderungan di kalangan penyampai
inovasi mengambil, menerima, memperaku dan menggunakan inovasi pendidikan yang
di bentuk oleh negara lain dengan andaian ia sesuatu untuk kegunaan di negeri
ini.
KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN
Apa itu kreativiti? Berbagai-bagai makna dan
pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992)
kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan
idea baru.
Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti
ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan
idea baru.
Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan
baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.
Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti
ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat.
Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas
seratus definisi kreativiti dan mengklasifikasikannya kepada lima peringkat
iaitu:-
1. Peringkat ekspresif
2. Peringkat produktif
3. Peringkat inventif
4. Peringkat inovatif
5. Peringkat emergentif
Secara am, semua pakar bersetuju novelti adalah
komponen yang wajib dalam kreativiti. Boleh diringkaskan secara umum bahawa
kreativiti ialah kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru
diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses
melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baru dan
kemahiran.
Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai
satu kuasa atau force yang penting bagi mencorakkan perkembangan kreativiti
dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002). Pengurusan
organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi
pembelajaran yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baru, budaya
saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia.
Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k-ekonomi revolusi
pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai
perubahan yang berlaku (Harman, 1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat
kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang berkesan dan
progresif (Wall, 1999). Pengurusan perubahan memerlukan organisasi sekolah
memantapkan lagi wawasan organisasi yang mampu membawa dan menjadikan sekolah pusat
kecemerlangan ilmu pengetahuan, penyebaran idea baru dan menyuburkan pemikiran
kreatif untuk perubahan sosial, teknologi dan membentuk masyarakat
berpengetahuan (Fransman, 1999).
Caserani dan Greatwood (1995) menggariskan beberapa
langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dalam organisasi
sekolah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:-
1. Mewujudkan persekitaran untuk perkembangan
kreativiti
2. Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat
3. Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong
kreativiti
4. Membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja
yang menggalakkan kreativiti
5. Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah
6. Perkembangan pemikiran kepada tindakan
Terdapat pelbagai jenis kreativiti yang boleh
dikembangkan dalam organisasi pembelajaran sekolah. Taylor (1975) menyarankan
beberapa jenis kreativiti berikut yang menunjukkan perbezaan dari segi proses
iaitu:-
1. Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku
secara bebas di mana originaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap
jari kanak-kanak)
2. Kreativiti Teknikal – kecekapan bagi menghasilkan
sesuatu produk (contoh, membuat biola)
3. Kreativiti Inventif - reka cipta baru yang
dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan novel
4. Kreativiti Inovatif - kefahahaman dan modifikasi
andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif
5. Kreativiti emergentif - kreativiti yang kompleks
dan bentuk yang jarang berlaku yang boleh merintis perubahan keseluruhan
prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak.
Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis
kreativiti yang mendasari perkembangan pendidikan di sekolah, yang meliputi:-
1. Kreativiti kurikulum – ini banyak berlaku dalam
isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka bentuk dan
gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan kurikulum.
2. Kreativiti pengajaran – menyentuh kaedah-kaedah,
pendekatan, cara, pengurusan dan organisasi pembelajaran, perancangan dan
pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah
3. Kreativiti profesional – mengenai perkembangan
guru dari segi personaliti, cara dan budaya profesional yang dikembangkan,
kecekapan dan kepakaran, amalan baru, pemikiran baru, adaptasi terhadap inovasi
pendidikan yang berlaku dan dilaksanakan dalam profesion ini.
4. Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan
minda, pandangan yang progresif, fikiran terbuka, pembacaan dan pengetahuan
yang kreatif, pencetusan idea baru yang mendorong kemajuan diri dan kemajuan
pendidikan amnya.
5. Kreativiti persekitaran belajar – iaitu kreativiti
yang mencorakkan suasana dan keadaan tempat belajar seperti bilik darjah dan
sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif boleh
terbentuk jika ada pendekatan kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran.
6. Kreativiti pengurusan – cara sekolah dikendalikan
dan beroperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan, sokongan, kemajuan
pembelajaran, penyelesaian masalah dalam hubungan dan perkhidmatan yang
ditawarkan.
7. Kreativiti teknologi – bagaimana teknologi
digunakan untuk pencetusan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran dan
pengurusan sekolah. Inovasi terknologi maklumat dan sumbangannya kepada
kreativiti dan inovasi sekolah.
Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yang
kreatif bagi melahirkan individu dan masyarakat yang kreatif. Pelbagai inovasi
yang boleh mendorong kepada perubahan dan kemajuan kreatif perlu diperkenalkan
dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yang
dikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih berinovasi dan berdaya
maju bagi membina kesejahteraan dan menggilap potensi manusia. Wawasan falsafah
pendidikan sekolah perlu bersandarkan kepada idea pemikiran progresif yang
mementingkan kreativiti dan inovasi untuk dikembangkan dalam sistem
pembelajaran sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)