Teknologi
pendidikan
Teknologi pendidikan atau
teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang
melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis
masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada
masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah
bermatlamat terkawal.
Teknologi pengajaran juga boleh bermaksud sebagai
alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru, buku
teks dan papan hitam.
Secara mudahnya, teknologi
pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu
guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia
juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah
penyusunan, dan teknik.
Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran
• Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran
kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
• Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
• Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya
mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
• Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah
tafsir terhadap konsep melalui deria melihat mendengar atau menyentuh.
• Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir
kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan
kaitannya dengan kehidupan seharian.
• Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan
visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan
mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan
pelajar.
• Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah
mengajar.
• Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang
maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
• Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media
bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka
lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka
seoalah-olah mereka mengalaminya.
Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
• Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan
tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk
menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu
topik dengan lebih berkesan.
• Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk
hiburan dan membuang masa.
• Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat
iaitu:
sebelum kegunaan - merancang masa dan cara bagaimana
mengaitkannya dengan topik pengajaran.
semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan
aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan
seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
• Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi
topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan
fizikal bilik darjah.
• Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif
pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
- pengenalan topik
- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik
• Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang
dapat merangsang pembelajaran
• Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan
sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
• Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak
mengganggu pelajar belajar seterusnya.
• Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk
rujukan kelas di papan buletin kelas.
Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik
• Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur
dan menrangkan isi-isi pelajaran.
Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang
telah diperbesarkan
• Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua
pelajar.
Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam
transperensi mestilah besar dan jelas.
• Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.
Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi
penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.
• Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh
disimpan.
No comments:
Post a Comment